UNIT FAIL JABATAN KETUA MENTERI
LATAR BELAKANG
Fail sangat mustahak dalam urusan Kerajaan, bukan sahaja sebagai rekod yang mencatatkan tindakan-tindakan yang telah diambil atau keputusan-keputusan yang dicapai, malahan tempat membuat kajian atau menyiasat apa-apa tuduhan, kelemahan atau kegagalan jabatan dalam menjalankan tugas masing-masing. | |
Selaras dengan objektif pentadbiran kerajaan yang cekap maka dengan sebuah Unit Fail di Jabatan Ketua Menteri ditubuhkan untuk mengkelaskan, mendaftar, menyelenggara, mengedar serta menyimpan fail dengan teratur dan selamat. |