UNIT PERMIT & PAS

Pejabat ini bertanggungjawab terhadapa urusan Imigresen khususnya dalam melaksanakan Akta Imigresen yang melibatkan dan memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti berikut :-

 

Pemberian/Kelulusan Permit Kerja Profesional dan Pengembang Agama
  • Pejabat ini bertanggungjawab meneliti, memperakukan dan menyelaras permohonan bagi pemberian /kelulusan Permit Kerja Profesional dan Pengembang Agama. Dasar dan garis panduan Perakuan Permit Kerja adalah seperti di Lampiran C-1.
Permit untuk mendatangkan artis luar ke Negeri Sabah
  • Pejabat ini bertanggungjawab meneliti, memperakukan, mengawal dan menyelaras kemasukkan artis/penghibur luar yang mengadakan persembahan di Negeri Sabah, dan memastikan kehadiran artis luar tidak menjejaskan artis tempatan. Disamping itu, pemantuan akan dibuat dari semasa ke semasa ke permis dimana artis-artis membuat persembahan tidak bertentangan dengan etika budaya yang telah ditetapkan dan berkuatkuasa sekarang. Prosedur dan peraturan permohonan mendatangkan artis luar negeri untuk mengadakan pertunjukan hiburan di Sabah adalah sepertimana di Lampiran D-1.
Permit Kutipan Awam
  • Meneliti serta memperakukan permohonan untuk mengadakan Kutipan Awam. Kutipan yang biasa dilakukan adalah sepertimana di Lampiran E-1.
          -Penjualan Ruang Iklan
          -Jualan Tiket dan Meja Makan
          -Kutipan Derma
 
Penggambaran
Meneliti dan menyelaras dan memperakukan permohonan penggambaran filem oleh warga asing. Disamping itu, bahagian ini juga bertanggungjawab bagi memastikan kerajaan negeri mendapat faedah maksimum daripada penggambaran filem yang dijalankan dan kehadiran penerbit tidak mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.Permohonan penggambaran filem oleh warga asing kebiasaannya dalam kategori seperti berikut :-
 
  - Foto
  - Video
  - Iklan
  - Filem dan sebagainya.
 
Lokasi yang menjadi tumpuan adalah seperti berikut :-
  - Taman Negara
  -  Resort, Pusat Peranginan
  -  Lembah Danum, Maliau Basin dan Gunung Kinabalu
* Dasar dan peraturan bagi permohonan penggambaran filem di Sabah oleh warga asing adalah seperi di Lampiran B-1
* Garis panduan mengemukakan permohonan penggambaran filem di Sabah oleh warga asing adalah seperi di Lampiran B-2

 

Kelulusan Hanya Di Beri Kepada Yang Berkelayakan Sahaja.

KELULUSAN KHAS

Kami menyelaras dan memproses permohonan lengkap

KUTIPAN AWAM & AMAL

Kami menyelaras dan memproses permohonan lengkap

PERMIT HIBURAN TEMPATAN & LUAR

Kami menyelaras dan memproses permohonan lengkap

FILEM TEMPATAN & ASING

1992628
Hari Ini
Kemarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
All days
380
1622
5243
1971609
16316
59953
1992628
Your IP: 27.0.5.41
2023-06-08 05:48

Hubungi