PENGENALAN
1. PENGENALAN |
Unit Pembanterasan Pembalakan Haram ditubuhkan pada tahun 2000 melalui Mesyuarat Jemaah Menteri. Unit ini bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa Pembanterasan Pembalakan Haram. Unit ini di bawah kawalan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri. |
FUNGSI
2. FUNGSI |
- |
Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan ke atas aduan awam bersabit dengan aktiviti pembalakan haram; |
- |
Menjalankan Pembanterasan Pembalakan Haram di kawasan Hutan Simpan, Tanah Kerajaan, Tanah Bermilik dan kilang-kilang papan/plywood; |
- |
Mempastikan agar setiap pembalak, kilang papan dan lori-lori balak memiliki dokumen sah mengikut peraturan di bawah Enakmen Hutan Sabah dan juga telah membayar royalti; dan |
- |
Membuat perakuan kepada Pengarah Perhutanan Negeri Sabah bentuk tindakan diambil berdasarkan kesalahan Enakmen Hutan 1968 |
|
|
CARTA ALIRAN TINDAKAN

JAWATANKUASA
PENGERUSI
YB Setiausaha Kerajaan Negeri
AHLI
Polis DiRaja Malaysia
Jabatan Peguam Persekutuan
Angkatan Tentera Malaysia (5 Briged)
Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah
Jabatan Perhutanan Negeri Sabah
Jabatan Kastam Dan Eksais DiRaja Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
URUSETIA
Unit Pembanterasan Pembalakan Haram
PENGUATKUASAAN
7. PENGUATKUASAAN |
Penguatkuasaan Hutan tertakluk kepada Peruntukan Undang-Undang Hutan seperti berikut:- |
- |
Seksyen 20 (1) dan Seksyen 23, enakmen Hutan 1968; |
- |
Seksyen 30 (1) dan 30 (2) b, Enakmen Hutan 1968; |
- |
Seksyen 36 (1) dan subseksyen 3A, Seksyen 4, Enakmen Hutan 1968 |
|
(Pemberikuasaan Kepada Anggota Tentera); |
- |
Forest Rules 1969 (Kaedah-kaedah dan Peraturan Hutan 1969 ) |