PEMOHONAN PERMIT PENDUDUK TETAP
PERMIT PENDUDUK TETAP
Bagaimana untuk memohon Permit Penduduk Tetap ?
Jawapan
Permohonan awal hendaklah dibuat di Jabatan Imigresen Malaysia yang berdekatan dengan kediaman tuan/puan. Setiap permohonan akan melalui tapisan keselamatan dari Polis Diraja Malaysia. Apabila semua dokumen lengkap, pihak Imigresen akan memajukan permohonan ke pejabat ini untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.
TEMPOH KELULUSAN
Berapa lama tempoh pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri?
Jawapan
Pemberian taraf Pemastautin Tetap Di Negeri Sabah merupakan satu anugerah kerajaan yang istimewa diberikan kepada seseorang yang dikeluarkan secara TERHAD oleh Pihak Berkuasa Negeri dan bukan merupakan hak mutlak yang boleh dituntut oleh mana-mana individu.
Memandangkan bilangan permohonan yang ramai, maka pemohon terpaksa melalui tempoh menunggu yang lebih lama.
PEMOHONAN PERMIT HIBURAN, KUTIPAN AWAM, PENGAMBARAN & PENYELIDIKAN
TEMPOH MEMOHON PERMIT
Berapa lamakah tempoh yang dibenarkan bagi mengemukakan surat permohonan permit persembahan hiburan, kutipan awam dan penggambaran?
Jawapan
Tempoh bagi mengemukakan surat permohonan permit persembahan hiburan, kutipan awam dan penggambaran iaitu TIGA bulan sebelum aktiviti dijalankan.
PERMIT PENYELIDIKAN
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan penyelidikan di Sabah ( bagi pelajar asing )?
Jawapan
1. Salinan passport pemohon.
2. Ringkasan dan tajuk penyelidikan berserta counter part/collaborator agensi/institusi tempatan.
3. Tempoh penyelidikan
4. Biodata pemohon dan penaja dari luar negara
PERMIT PAMERAN
Bagaimanakah untuk membuat permohon untuk mengadakan pameran di Sabah?
Jawapan
1. Menulis surat secara rasmi ke Pejabat ini dan menyatakan jenis pameran yang akan diadakan.
2. Atau mengisi borang pameran secara on line yang boleh diperolehi melalui laman web pejabat ini.
3. Salinan lesen perniagaan, borang 49 , salinan kad pengenalan pemohon dan salinan passport krew pameran