Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, dan Salam Sabah Maju Jaya
Selamat datang ke laman sesawang rasmi Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri. Platform ini diwujudkan sebagai saluran komunikasi strategik bagi menyampaikan maklumat berkaitan peranan serta perkhidmatan pejabat dalam menyokong agenda pentadbiran Kerajaan Negeri, khususnya dalam aspek Kedaulatan dan Keselamatan Negeri, Hal Ehwal Imigresen, Penyelidikan dan penyelarasan dasar yang berkepentingan kepada Sabah.
Pejabat ini komited melaksanakan amanah dengan penuh profesionalisme, integriti dan tadbir urus yang cekap selaras dengan aspirasi dan hala tuju Sabah Maju Jaya, melalui kerjasama bersepadu bersama agensi Persekutuan, Negeri serta pihak berkepentingan. Kami berharap laman ini dapat menjadi rujukan yang bermanfaat serta memperkukuh hubungan antara kerajaan dan masyarakat demi memastikan kestabilan, keselamatan dan pembangunan Negeri Sabah terus terpelihara.
Ikhlas daripada,
YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan bin Datuk Hj. Ag. Sahari
Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan
Jabatan Ketua Menteri